View Full Version: Punca penyakit tonsil (bengkak anak tekak)

Wawasanchat Community > .:Kesihatan:. > Punca penyakit tonsil (bengkak anak tekak)


Title: Punca penyakit tonsil (bengkak anak tekak)


rawatan - October 28, 2006 06:31 AM (GMT)
TONSIL

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

Atasi penyakit ini diperingkat awal walaupun anda merasakan anda bebas dari mendapat penyakit ini..Ketahui juga penyakit-penyakit yang bakal anda hadapi.Layari laman web :rolleyes: www.mahsuri.com.my/analisis untuk keterangan lebih lanjut. Ubat yang disediakan bebas dari dadah dan alkohol.

TONSIL




* Hosted for free by InvisionFree